Kegagalan bukanlah segalanya….

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Manusia yang berjaya akan memperoleh keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

.
Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
.
Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Kesilapan adalah realiti kehidupan, yang penting adalah tindak balas terhadap kesilapan itu.

Advertisements

gagal#2

Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

makna kegagalan…

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

ciri-ciri yang membawa kepada kepapaan


1.Menggeringkan tangan dengan pakaian sendiri.
2.Meninggalkan longgokkan sampah di rumah
3.Membiarkan bekas makanan “pinggan
mangkuk”tanpa membasuhnya.
4.Meringan-ringankan sembahyang.
5.Tidak mendoakan ke atas kedua ibubapanya.

Amalan pembina peribadi


1.Berpuasa setiap Isnin dan khamis
2.Solat 5 waktu tepat pada waktunya dan laksanakan solat tahjud.
3.Kurangkan percakapan sia-sia dan banyakkan doa.
4.Perbanyakkan mentelaah berbagai buku agama,politik,
sains,sejarah dan sebagainya.
5.Ikuti perkembangan umat Islam.
6.Lakukan riadah”bersenam,berjalan,atau sebagainya.

Kelebihan Bismillah


1.Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikkan.
2.Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada syaitan,kecurian,maut mendadak dan bala.
3.Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan

menghadap Qiblat,akan mendapat rezeki yang tiada terduga.
4.Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.

pesanan

1.Tiada harta yang lebih mengguntungkan daripada sifat sabar.
2.Tiada teman yang lebih indah daripada amal dan tiada rakan yang lebih aib daripada jahil.
3.Tiada kehormatan yang lebih sempurna daripada menhindari diri dikuasai hawa nafsu.
4.Tiada penggawal peribadi yang lebih berwaspada daripada sifat pendiam
5.Tiada ibadah yang lebih indah daripada rasa khusuk.
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
7. jangan dipertikai suatu nilai persahabatan kerana satu kesilapan.
8. Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang berpanjangan.
9. Hargai setiap pertemuan kerana di situ ada kerinduan dan sayangilah setiap perpisahan

kerana di situ pasti ada kesedihan